PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS

DOE Terengganu 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

  {HEBAHAN} PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Terengganu (KASTER) akan mengadakan Webinar Pemerkasaan Pemahaman Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Ke Arah Membudayakan Pematuhan Kendiri Premis kepada semua Industri dan Orang Yang Berwibawa (Competent Person) yang bertanggungjawab secara langsung di bawah Peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:   Tarikh : 06 Mac 2024 (Rabu) Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang Tempat : Atas Talian (Webinar) CPD Hours : 2 Jam Yuran : RM180 Pendaftaran : https://qr.link/D4GrNm   Webinar ini merupakan platform Jabatan Alam Sekitar memberikan penjelasan yang komprehensif yang memfokuskan kepada kawalan pencemaran air, udara dan buangan terjadual sepertimana yang dikehendaki di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Selain itu, para peserta juga akan diberikan peluang untuk bersoal-jawab dengan penceramah bagi isu-isu yang berkaitan dengan pematuhan kendiri pihak industri.   **Tuntutan HRDC dibawah skim bantuan latihan (SBL) sahaja. Sebarang tuntutan hendaklah berhubung terus dengan pihak HRD Corp Pendaftaran : https://qr.link/D4GrNm Sila imbas QR kod untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/ Puan/ Pemaju Projek, Pegawai Alam Sekitar (EO), pihak industri dan Orang Yang berwibawa.adalah dipelawa untuk menyertai webinar ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan