Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE ANJURAN TABUNG AMANAH WARISAN DAPAT SAMBUTAN ORANG AWAM
KUALA TERENGGANU, 13 Januari 2024-Penganjuran Program Pengumpulan E-Waste anjuran Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dengan kerjasama Syarikat KT Wan Recycle dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mendapat sambutan yang baik dari orang awam.
Program yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 12 tengahari telah mendapat berjaya mengumpulkan e-waste sebanyak 1, 076 kg. .
JAS Terengganu menyokong kerjasama program-program bersama rakan strategik dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah bagi membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman, berkata, sambutan yang berterusan daripada orang ramai setiap kali program ini dianjurkan memberi mesej bahawa program ini telah meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan pengurusan e-waste ini.
Selain itu juga, orang ramai yang hadir pada program ini berterima kasih atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam memastikan bahan buangan e-waste ini dapat dilupuskan ditempat yang betul demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini, katanya.
JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan semua pihak yang terlibat di atas komitmen dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha melestarikan alam sekitar sentiasa berterusan demi kesejahteraan alam sekitar yang kita cintai.