Penerangan
SK GETANG HULU TERENGGANU KOMITED MELAKSANAKAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS)
KUALA TERENGGANU, 31 Januari 2024 – Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah menyampaikan taklimat bertajuk “Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar “ kepada semua guru yang akan terlibat secara langsung dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi menyertai Program SLAAS Peringkat Negeri Terengganu dan Kebangsaan bagi sesi 2023/2024.
Majlis yang akan berlangsung pada Jun 2024, dijangka meriah dengan penyertaan sekolah-sekolah di negeri ini. Sekolah-sekolah yang dianugerahkan SLAAS di peringkat Negeri layak menyertai Peringkat Kebangsaan dan seterusnya ASEAN.
JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Besar YBrs Encik Yusli bin Bakar dan seluruh warga SK Getang.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama