Penerangan
31 Januari 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KESMA) JAS Negeri Melaka telah selesai menganjurkan Seminar Pemantapan Premis Yang Bukan Ditetapkan dan Hands-on Sistem myPremis pada 30 Januari 2024 (Selasa) bertempat di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka.
Seminar ini memberi peluang kepada premis, industri, dan perunding dengan menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan keperluan pematuhan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melalui kaedah pelaporan kendiri dengan penggunaan sistem “myPremis?? yang disampaikan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka kepada semua peserta.
Pameran Jabatan Alam Sekitar dan pihak swasta berkaitan sistem pengurusan alam sekitar seperti Masterjaya Environment Sdn Bhd, Masterjaya Corporation Sdn Bhd, Crisben (Malaysia) Sdn Bhd, Spectrum Laboratories (Johore) Sdn Bhd dan KEB Properties Sdn Bhd turut diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Hajah Hazereen binti Mohammad, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Jabatan ini komited untuk mengadakan seminar dan bengkel secara berterusan bagi menyampaikan informasi serta maklumat secara terus dan tekini mengenai pengurusan alam sekitar yang berkaitan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2024