Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS ASAP HITAM: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 31/01/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
TAMPIN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin (IPD Tampin) telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam.
Operasi telah dijalankan di RNR Tampin telah disertai oleh lapan (8) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
40 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual dan 15 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam. Hasil ujian mendapati terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Notis arahan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Negeri Sembilan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama