PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS DIDENDA DI MAHKAMAH SESYEN 4 SEREMBAN

DOE Negeri Sembilan 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DIDENDA DI MAHKAMAH SESYEN 4 SEREMBAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Seremban

Penerangan

Sena Diecasting Industries Sdn.Bhd merupakan premis yang menjalankan aktiviti pembuatan produk logam yang beroperasi di alamat Lot 131, Jalan Permata 2, Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai di Negeri Sembilan. Sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke premis tersebut. Semasa pemeriksaan, terdapat pelepasan efluen perindustrian dari takat pelepasan terakhir sistem pengolahan efluen perindustrian kilang tersebut. Sebanyak tiga (3) botol sampel telah diambil di takat pelepasan akhir kilang berkenaan. Sampel tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Petaling Jaya untuk dianalisa oleh Ahli Kimia Kerajaan. Hakim Mahkamah Sesyen 4, Seremban, Yang Arif Puan Mazni binti Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh premis tersebut telah Syarikat telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 10,000. Hukuman maksima bagi kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui: Portal e-aduan.doe.gov.my (https://[email protected]) Call centre 1-800-88-2727 atau  Emel [email protected] Sekian. JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan