29 JANUARI 2024, BUTTERWORTH:
Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang hari ini telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM30,000.00 ke atas sebuah syarikat pembuatan dan jualan barangan mekanikal dan pemasangan komponen, sistem automasi bagi komputer dan industri semikonduktor kerana didapati telah melakukan kesalahan telah membuang efluen perindustrian yang mengandungi pencemar parameter Biochemical Oxygen Demand (BOD5 ), Minyak & Geris serta Chemical Oxygen Demand (COD) melebihi had yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b) dan Peraturan 12(b) , Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kesalahan tersebut telah dilakukan pada 08 September 2022.OKS telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan semasa sebutan kes tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Butterworth telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap OKS dan didenda sebanyak RM30,000.00. OKS diwakili oleh Pengurus Operasi syarikat terbabit hadir bersama Peguam dari tetuan Presgrave & Matthews semasa sebutan kes tersebut dibacakan.
Orang awam diseru untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.