Penerangan
Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 – Pasukan Penguatkuasaaan Projek EIA Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan siasatan penguatkuasaan ke salah satu tapak projek pembinaan di Kuala Lumpur.
Siasatan ini diadakan bagi memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perkara berkaitan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.