Penerangan
BATU PAHAT, 24 Januari 2024 – Di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan 1, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, En. Badlishah bin Ahmad telah mempengerusikan satu Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) bertujuan membincangkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek yang dicadangkan di kawasan perindustrian di Daerah Batu Pahat, Johor.
Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai JAS Johor serta ahli-ahli EIATRC iaitu wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Johor, Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Mesyuarat ini dibentangkan oleh pihak perunding dan penggerak projek berkenaan keadaan semasa tapak cadangan, perancangan projek, langkah-langkah kawalan yang akan dibina, dan maklumat-maklumat berkaitan.
Untuk memastikan Laporan EIA Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ulasan-ulasan dari agensi teknikal telah diambil maklum oleh JAS Johor untuk mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini.