Penerangan
22 Januari 2024, Tangkak – Pasukan Penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan penguatkuasaan ke atas sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Mukim Serom, Tangkak. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat lesen yang telah ditetapkan.
Arahan Lapangan telah dikeluarkan ke atas premis bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta syarat lesen pada setiap masa.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awam.