Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 25.01.2024 (Khamis)
MASA : 10:00 Am - 4:30Pm
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PJ RZD & PMD Norman
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KKIP - Karambunai - Menggatal - Pejabat
TUGAS:
1. Intipan dan Siasatan 1 aduan PT.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Intipan dan siasatan terhadap 1 aduan PT di kawasan tanah lapang di Karambunai berjaya menemui aktiviti pelupusan sampah secara pembakaran terbuka. Terdapat sampah domestik yang mempunyai label Nexus Resort & Spa Karambunai yang di kawasan tersebut.
2. Pihak pengurusan Nexus Resort & Spa Karambunai telah dihubungi dan membuat pemeriksaan bersama di tempat kejadian. Wakil pengurusan memaklumkan mereka juga tidak mengetahui kewujudan tapak pelupusan sampah di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun mereka mengakui sisa buangan adalah daripada premis mereka.
3. Syarikat yang dilantik untuk pengurusan sisa gagal ditemui kerana berada di luar kawasan semasa siasatan.
4. Tiada pembakaran terbuka lain yang ditemui semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. FC telah dikeluarkan.
2. Syor kompaun atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka.
Cuaca : Panas.
Sekian dimaklumkan.