PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU

DOE Sabah 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>Tawau

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN TAWAU TARIKH: 23.01.2024 (Selasa) MASA: 09:30 AM - 2.00 PM ANGGOTA: PPKK AS, PPK SS & PMD RA TUGAS: 1???.Siasatan aduan berulang pencemaran udara (bau) dari gudang penyimpanan baja kimia di Kg Kinabutan Kecil, Batu 4, Tawau. Sabah. 2???. Lawatan verifikasi bagi Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian premis Asia Aquaculture (M) Tawau Processing Plant, Tawau Sabah. 3???.Rondaan darat OMPT. KAWASAN RONDAAN 1???. Pejabat Jas Tawau - Jalan Damai - Batu 2- Kampung Kinabutan Kecil - Batu 4 - Taman Megah Jaya- Pejabat Jas Tawau. PENEMUAN: 1???. Siasatan mendapati premis yang di adu adalah aduan berulang di Tawau Blossom Sdn. Bhd. yang terletak bersebelahan dengan Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 Tawau. 2???.Premis adalah gudang penyimpanan baja kimia sebelum dijual kepada pembeli. 3???.Siasatan di lapangan mendapati terdapat bungkusan baja kimia berjenama 'K-Neutralizer Realstrong' jenis serbuk yang mengeluarkan bau yang agak kuat dikawasan penyimpanan. Hal ini berpotensi menyebabkan kacauganggu kepada penduduk berhampiran. 4???.Hasil maklumat siasatan terhadap premis mendapati aktiviti unloading bungkusan baja daripada lori ke gudang penyimpanan berpotensi untuk menyebabkan pelepasan bau busuk terjadi. Setelah dimasukkan ke dalam gudang, bungkusan baja tersebut akan dibungkus dengan lapisan canvas bagi meminimakan bau busuk yang terhasil. 5???.Pemeriksaan kepada kawasan gudang adalah bertutup dan terdapat sedikit ruang pengudaraan di bahagian atas gudang. 6???.Tinjauan kepada jarak antara kawasan kampung dan gudang penyimpanan baja hanyalah dipisahkan dengan sempadan pagar sahaja. TINDAKAN PENGUATKUASAAN 1???.FC telah dikeluarkan kepada premis untuk mengawal secara berterusan bau yang terhasil dari bungkusan baja kimia jenama 'realstrong'. 2???.Premis juga diminta untuk hadir ke Pejabat Jas Cawangan Tawau untuk perbincangan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan aduan berulang dikawasan tersebut. 3???.Pengadu telah dihubungi melalui telefon dan memaklumkan berkenaan tindakan yang telah diambil oleh pihak JAS Tawau dan premis. 4???.Lawatan verifikasi sistem pengolahan efluen perindustrian premis Asia Aquaculture (M) Tawau Processing Plant telah selesai dilaksanakan dan laporan akan disediakan untuk tindakan unit KB dan PB Jas KK. Tiada aktiviti PT dikesan sewaktu rondaan. Cuaca: Cerah Sekian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan