PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT

DOE Sabah 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT TARIKH : 22.01.2024 (Isnin) MASA : 10:00 Am - 3:30Pm PEGAWAI PERONDA : PP RK, PJ RZD & PMD Norman KAW. RONDAAN: Pejabat - KK - Penampang - Inanam - Menggatal - Pejabat TUGAS: 1. Siasatan 2 aduan PT. 2. Rondaan OMPT. PENEMUAN: 1. Aduan pertama adalah aduan umum yang berasas. Siasatan di lokasi yang diadu tidak menjumpai sebarang kesan pembakaran. Pengadu telah dihubungi di lapangan untuk mengesan lokasi aduan. Walaubagaimanapun pengadu hanya memberikan video aduan yang agak jauh dari lokasi pengadu dan pengadu tidak mengetahui lokasi sebenar aduan. Siasatan dijalankan dengan menemubual penduduk berhampiran. Kesan pembakaran dari aktiviti pembersihan kuarters Jabatan Tanah dan Ukur di Kg. Sukang telah ditemui. Namun tiada penghuni kuarters yang ditemui. Amaran larangan melakukan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berhampiran. 2. Aduan kedua juga berasas. Terdapat kesan-kesan pembakaran sampah sarap (termasuk sisa kabel) di lokasi aduan di kawasan Kg.Darau. Penduduk yang berhampiran telah diberi amaran larangan melakukan pembakaran terbuka. Ketua kampung telah dihubungi tetapi tidak berkesempatan untuk turun bersama meninjau kawasan aduan. 3. Sepanjang perjalanan, terdapat satu aktiviti pembakaran sampah sarap yang dijumpai di kawasan Kuarters Institut Perguruan Sabah (KIPS) Bukit Padang. Arahan memadam pembakaran telah diberikan serta-merta. Kontraktor pembersihan telah ditemui dan diberi amaran. TINDAKAN PENGUATKUASAAN: 1. 3 FC dan Edaran Risalah larangan melakukan PT. Cuaca : Panas. Sekian dimaklumkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan