Penerangan
SABAH IT TALK SERIES (SITAS) SIRI 1 TAHUN 2024
(SESI LIBAT URUS PERKONGSIAN DATA SEKTOR AWAM & MyGDX)
???? Tarikh : 24 Januari 2024 (Rabu)
?? Masa: 8.00 Pagi – 12 Tengahari
?? Tempat: Beluran Hall, The Klagan Hotel Kota Kinabalu
????????? Kehadiran Jas Sabah: PPTM(K) MFMK
Ringkasan sesi :
??Di hadiri oleh pelbagai Jabatan persekutuan, Negeri & Badan Berkanun Sabah
??Di anjurkan oleh Kementerian Digital dengan kerjasama MAMPU Sabah
??Memberi penerangan mengenai perkongsian data sektor awam & MyGDX ( Government
Central Data Exchange)
??Selari dengan cabaran pelaksanaan inovasi pendigitalan khususnya pelaksanaan inovasi yang memerlukan perkongsian data merentasi agensi, pembangunan Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) dilaksanakan bagi menangani cabaran perkongsian data semasa
??DPDSA menjadi panduan penting kepada Agensi Sektor Awam untuk melaksanakan perkongsian data bagi menyokong inisiatif perkongsian data antara Agensi Sektor Awam dengan Agensi Sektor Awam (G2G), Agensi Sektor Awam dengan Komuniti Perniagaan (G2B), Agensi Sektor Awam dengan Rakyat (G2C) dan Agensi Sektor Awam dengan Penjawat Awam (G2E)
??MyGDX merupakan ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasakan dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) kea rah kerajaan berpacukan data
??Sasaran MyGDX adalah memperluas perkhidmatannya ke semua kementerian dan agensi kerajaan menjelang tahun 2030 bagi memanfaatkan data untuk menambah baik perkhidmatan kerajaan
??Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai MyGDX boleh melayari portal MyGDX pada www.mygdx.gov.my
Sekian dimaklumkan
Disediakan oleh:
PPTM(K) MFMK