Penerangan
??? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED OFF-SITE SCHEDULED WASTE STORAGE FACILITY ON LOT 12 OF CL.075349432, PHASE 1, MAJULAH INDUSTRIAL CENTER, DISTRICT OF SANDAKAN, SABAH?? ????
?? Tarikh: 24 Januari 2024 (Rabu)
? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi
?? Tempat: Secara Atas Talian (Google Meet)
????????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?????????????? Kehadiran Bersama: KC JM, PP(K) MAA, PP(K) SJ, PP(K) FM, PP ZS, PPK(T) MP, PPK(K) HMA & PJ RLSK
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1??? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara online oleh seramai 25 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2??? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Pentas Flora (Sabah) Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, Chemsain Konsultant Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembinaan kemudahan penstoran buangan terjadual (luar tapak), di Lot 12 of CL.075349432, Phase 1, Majulah Industrial Center, Sandakan, Sabah.
3??? Sebanyak 18 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan bertulis daripada JAS Sabah & JPAS.
4??? Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Laporan EIA ini dikemaskini dengan mengambilkira semua ulasan Jabatan dan Agensi serta perkara-perkara yang telah dibincangkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
5??? Penggerak Projek dan Jururunding EIA adalah dikehendaki untuk mengemukakan Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA Report) yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 8 Februari 2024 untuk kelulusan Jabatan.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan