PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PERSAMPELAN AIR TANAH FREKUENSI 1/2024 DI TABOH NANING

DOE Melaka 31/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSAMPELAN AIR TANAH FREKUENSI 1/2024 DI TABOH NANING
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
31/01/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

31 Januari 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan persampelan air tanah bagi frekuensi 1/2024 pada 15 Januari 2024. Persempelan ini dilakukan di stesen air tanah di JAS Cawangan Taboh Naning yang diketegorikan sebagai stesen kawasan luar bandar. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah membentuk rangkaian stesen pengawasan air tanah dan menghasilkan data-data pengawasan kualiti air tanah dengan menetapkan keutamaan mengikut aktiviti guna tanah. Data-data ini menghubungkan kepada komponen-komponen pengurusan alam sekitar dan juga pelan-pelan tindakan yang perlu diambil untuk melindungi dan mengenal pasti lokasi ke atas sesuatu kawasan air tanah yang mempunyai risiko tinggi kepada pencemaran oleh aktiviti manusia. Antara jenis guna tanah spesifik diantaranya sebagai kawasan sedia ada digunakan sebagai kawasan pertanian, ladang akuakultur, kawasan bandar/pinggir bandar, kawasan luar bandar, Industri, tapak pelupusan sisa pepejal, tapak pelupusan radioaktif, padang golf, tapak penanaman bangkai babi (JE), kawasan lombong, kawasan peranginan, dan bekalan air tempatan. Terdapat 2 jenis cara kerja yang dilakukan iaitu persempelan bagi tujuan analisa makmal dan bacaan in-situ. Bagi parameter in-situ yang diambil adalah suhu, pH, konduktiviti, kekeruhan, kemasinan dan oksigen terlarut. Ini adalah bagi memastikan atau mengenalpasti hubungan diantara aktiviti manusia di atas tanah dan kesannya kepada air tanah atau akuifer.