Penerangan
7th NREB - EPD Dialogue
Enpowering Environmental Stewardship for A Sustainable Way of Life
????Tarikh: 18 Januari 2024
???Tempat : Hotel Imperial, Kuching, Sarawak.
Kehadiran JAS Sabah:
1. Tuan Pengarah, En. Amirul Aripin
2. ???PP(K) Mardianah Aliska
JAS Sabah telah dijemput menghadiri 7th NREB - EPD Dialogue yang diadakan secara dwi-tahunan sejak tahun 2009 di antara Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah(EPD). Pada kali ini dialog ini dianjurkan oleh NREB dengan penyertaan daripada beberapa kementerian dan agensi termasuk Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR), Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dan Jabatan Alam Sekitar.
Objektif dialog ini ialah
?untuk membuat susulan bagi keputusan perbincangan pada dialog yang lepas
?membincangkan isu dan cabaran semasa di samping berkongsi pengalaman dalam pengurusan alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang
?untuk mengukuhkan kerjasama di antara NREB dan EPD dalam menjaga alam sekitar.
Kertas pembentangan adalah meliputi isu berkaitan Audit Pematuhan Alam Sekitar untuk sektor perhutanan, Pematuhan Kendiri Alam Sekitar, Program Pencegahan Pembakaran Terbuka di Tanah Gambut, SOP Kerja Tanah, Program eWaste, EIA, Pengawasan Kualiti Air Sungai dan Projek AQUAMS (Pengawasan Kualiti Udara).
Majlis penutupan dialog ini telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga merupakan Timbalan Pengerusi NREB, YBhg Datuk Haji Len Talif Salleh.
Sekian, dimaklumkan.