PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS PROGRAM PEMUTIHAN PREMIS BERSAMA PENGUSAHA-PENGUSAHA PERNIAGAAN PENGINAPAN/RESORT/CHALET DI DAERAH SEMPORNA

DOE Sabah 30/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS PROGRAM PEMUTIHAN PREMIS BERSAMA PENGUSAHA-PENGUSAHA PERNIAGAAN PENGINAPAN/RESORT/CHALET DI DAERAH SEMPORNA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/01/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>Tawau

Penerangan

??? SESI LIBAT URUS PROGRAM PEMUTIHAN PREMIS BERSAMA PENGUSAHA-PENGUSAHA PERNIAGAAN PENGINAPAN/RESORT/CHALET DI DAERAH SEMPORNA ???? ?? Tarikh: 10 Januari 2024 (Rabu) ? Masa: 2.00 petang - 4.30 petang ?? Tempat: Dewan Sipadan, Majlis Daerah Semporna ????????? Pengerusi: Pegawai Daerah Semporna Tuan Alexander Liew ?????????????? Kehadiran JAS: PPKK MZI ?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat: 1??? Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh seramai 132 orang pengusaha-pengusaha perniagaan penginapan yang menjalankan perniagaan di Semporna. 2??? Tujuan sesi libat urus ini adalah bagi membentangkan dan membincangkan mengenai status lesen perniagaan, lesen operasi dan pelan pembangunan. 3??? Sebanyak 50 buah premis perniagaan penginapan menjalankan perniagaan di kawasan perairan manakala sebanyak 82 premis menjalankan perniagaan di kawasan daratan. 4??? Ke semua premis mempunyai lesen perniagaan manakala kebanyakkan premis tidak mempunyai lesen operasi dan tidak mempunyai pelan pembangunan. 5??? Mesyuarat bersetuju supaya premis-premis perniagaan penginapan ini diberi tempoh selama 6 bulan untuk mengemukakan pelan pembangunan dan membuat peemohonan bagi lesen operasi. 6??? Input JAS : Premis sedia ada atau pun yang baru bercadang untuk menjalankan perniagaan penginapan ini perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh PBT. Bagi aspek kumbahan premis yang melebihi 150 PE adalah tertakluk di bawah JAS dan perlu mengemukakan permohonan Pemberitahuan Bertulis, manakala bagi premis yang tidak melebihi 150 PE perlu merujuk kepada Jabatan Pembentungan dan PBT. Pemasangan janakuasa juga perlu mengemukakan permohonan PB kepada jabatan ini. Sekian untuk makluman. JAS Cawangan Tawau

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan