PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

OPS PENGARAH ANJURAN JPJ NEGERI SEMBILAN BERSAMA JAS N.SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 30/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS PENGARAH ANJURAN JPJ NEGERI SEMBILAN BERSAMA JAS N.SEMBILAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/01/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Seremban

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah turut serta dalam Ops Pengarah dan Ops Pewa anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.Operasi yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 11.30 malam dilaksanakan di Plaza Tol Nilai yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan JSPT. Pelbagai kesalahan dikesan antaranya pelepasan asap hitam kenderaan diesel melebihi garis panduaann yang ditetapkan,  tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.Pengguna jalan raya dinasihat untuk mematuhi peraturan undang - undang lalu lintas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan