Penerangan
23 Januari 2024, MELAKA- Mesyuarat telah diadakan pada 09 Januari 2024 (Selasa) di Loji Pengolahan Kumbahan IWK RSTP Tambak Laut (MTH 577), Melaka. Diantara perkara dibentangkan pada mesyuarat tersebut adalah:
(i) Taklimat ??Status Pematuhan Sistem Pengolahan Kumbahan Bagi Negeri Melaka Bagi Tahun 2023 bagi tempoh 01 Januari 2023 Hingga 31 Disember 2023?? oleh Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka; dan
(ii) Taklimat pengoperasian & penyelenggaraan Sistem Pengolahan Kumbahan oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd Melaka.
Objektif mesyuarat ini adalah bagi memupuk kerjasama sedia ada diantara Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perhidmatan Air Negara, Jabatan Perkidmatan Pembentungan, Indah Water Korsortium, Badan Kawal Selia Air Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan serta Unit Kerajaan Tempatan untuk sama-sama berganding bahu dalam pengurusan dan perkhidmatan sistem kumbahan di Negeri Melaka. Ini adalah supaya ia lebih cekap, efisien dan paling utama kumbahan dirawat dengan baik mengikut undang-undang yang ditetapkan ke arah kehidupan yang berkualiti, sumber air yang bersih dan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.