PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

KESAN AWAL ELAK LRA LINGGI TERJEJAS

DOE Negeri Sembilan 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESAN AWAL ELAK LRA LINGGI TERJEJAS
Tahun
2023|2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Seremban

Penerangan

Seremban: Tindakan pantas jabatan berkaitan mengesan punca aliran cecair berwarna hitam dipercayai minyak enjin terus memasuki Sungai Linggi, semalam, berjaya mengelakkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Linggi daripada terjejas. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berdasarkan pemerhatian setakat 8 pagi tadi, LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) menerima aduan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan berkaitan pencemaran Sungai Linggi yang dikesan berpunca daripada longkang awam di kawasan Kampung Bemban Hilir di sini pada 1.48 tengah hari semalam. "Berikutan itu, JAS Negeri Sembilan bersama BKSANS bersama agensi lain termasuk Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) segera menggerakkan pasukan untuk membuat pengesanan lanjut," katanya kepada pemberita selepas meninjau LRA Linggi, di sini, hari ini. Beliau turut menasihati orang awam supaya menjadi 'mata dan telinga' kerajaan negeri dengan menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian seumpama itu. Orang ramai juga, katanya, perlu lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai sehingga menjejaskan habitat dan persekitaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan