Penerangan
12 JANUARI 2024, KEPALA BATAS : JAS Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat dari pihak FMM ESH Penang yang diketuai oleh Mr Kevin Cheong, Pengerusi FMM ESH Penang. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara dua pihak serta membincangkan beberapa perkara berkait dengan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti kompetensi, perkongsian ilmu melalui ceramah, dan lain-lain perkara berkaitan penambahbaikan terhadap pematuhan industri.
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang menghargai sokongan dan komitmen semua pihak berkepentingan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.