Penerangan
19 JANUARI 2024, KEPALA BATAS : Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat dari pihak Petronas Dagangan Berhad yang diketuai oleh Dr. Ravi Menon, Region Head, Northern & Eastern, Fuel & LPG Terminal Operation, Department. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara dua pihak serta membincangkan beberapa perkara berkait dengan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti perkongsian ilmu melalui ceramah, dan lain-lain perkara berkaitan penambahbaikan terhadap pematuhan industri.
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang menghargai sokongan dan komitmen semua pihak berkepentingan dalam memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.