PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH ALAM SEKITAR DI WETLAND PUTRAJAYA UNTUK PELAJAR UNISZA, TERENGGANU DAN SK PUTRAJAYA

DOE WP Kuala Lumpur 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH ALAM SEKITAR DI WETLAND PUTRAJAYA UNTUK PELAJAR UNISZA, TERENGGANU DAN SK PUTRAJAYA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

5 JANUARI 2024, PUTRAJAYA-Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput sebagai panel penceramah dalam Program Let’s Go Green anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZAR), Terengganu dengan kerjasama Jabatan Landskap & Taman, Perbadanan Putrajaya di Bilik Seminar, Myplace, Taman Wetland, Precint 13, Putrajaya. Program ini telah dihadiri oleh seramai 30 pelajar Diploma Perakaunan UnisZAR. Turut hadir adalah 40 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Putrajaya. Encik Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA selaku Ketua Penolong Pengarah, JASWPKL telah membentangkan ceramah bertajuk: KEPENTINGAN ALAM SEKITAR. Program ini dijalankan bermula pada jam 9.00 am hingga 11.00 am telah berjaya memberi kesedaran & fahaman yang jitu kepada semua para pelajar yang hadir. Diakhir program semua isu & persoalan yang dibangkitkan oleh para peserta berhubung tajuk berkaitan telah diperjelaskan dengan baik melalui sesi soal-jawab.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan