PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEGAWAI JAS PULAU PINANG KOMITED MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEGAHAN PENCEMARAN PADA HUJUNG MINGGU

DOE Pulau Pinang 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEGAWAI JAS PULAU PINANG KOMITED MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEGAHAN PENCEMARAN PADA HUJUNG MINGGU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

14 JANUARI, KEPALA BATAS: Pegawai-pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang komited dalam menjalankan tugas rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran di Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Pemantauan dilakukan pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) bagi memastikan premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya sepanjang masa. Keutamaan pemantauan adalah terhadap premis-premis yang kerap diadu serta di Kawasan Perindustrian yang berkepadatan tinggi. Program penguatkuasaan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Pemain industri dinasihatkan agar memastikan setiap pelepasan efluen atau bendasing udara sentiasa mematuhi had piawaian yang ditetapkan. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan