Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS PREMIS YANG DITETAPKAN (PYDT) OLEH JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 24/01/2024
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
8 JANUARI 2024, SEBERANG PERAI – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dari Unit Penguatkuasaan PYDT menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual di sekitar kawasan Bukit Minyak, Pulau Pinang.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan premis sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang terkandung di dalam Jadual Pematuhan Lesen dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan-peraturan di bawahnya.
Semua premis PYDT adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi keperluan pada Jadual Pematuhan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk beroperasi. Kegagalan dalam pematuhan ini boleh diambil tindakan penguatkuasaan dan penggantungan lesen.