PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN UNIT ZON 1 & UNIT ADUAN

DOE Sabah 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN UNIT ZON 1 & UNIT ADUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Kota Kinabalu

Penerangan

LAPORAN RONDAAN UNIT ZON 1 & UNIT ADUAN TARIKH : 18.101.2024 (KHAMIS) MASA : 09:00AM - 16:30 PM ANGGOTA : PK JJJ,PPKK DJ, PJ HK, PMD RN KAWASAN RONDAAN: Pejabat - Menggatal - Tuaran - Pejabat TUGAS : 1. Siasatan aduan asap daripada premis pemprosesan asphalt 2. Siasatan aduan bau daripada premis pembuatan makanan 3. Rondaan darat OMPT. PENEMUAN : 1) Premis pembuatan asphalt ada melepaskan asap/wap namun secara visualnya tidak melebihi kegelapan nombor 1 Carta Ringelmann. 2) Premis pembuatan makanan tidak menguruskan bahan mentah (sisa makanan laut) dengan baik (penstoran,pengoperasian,housekeeping) 3) Tiada pembakaran terbuka dikenalpasti PENGUATKUASAAN 1) FC telah dikeluarkan kepada premis pembuatan asphalt untuk menjalankan pemantauan pelepasan bahan pencemar daripada cerobong (stack emission monitoring) untuk memantau nilai sebenar beban pencemaran. Notis Arahan 37 akan menyusul. Notis Arahan 37 juga akan dikeluarkan kepada premis untuk mengemukakan pemberitahuan bertulis yang telah diluluskan JAS sebelum ini. Dokumen premis berada di ibu pejabat premis di KKIP. 2) FC telah dikeluarkan kepada premis untuk membuat housekeeping dan mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan tempat penyimpanan bahan mentah (sisa makanan laut). Premis juga diarahkan untuk datang ke pejabat JAS (tentatif tarikh pada 23/1/2024) untuk membuat pembentangan mengenai SOP pengoperasian terkini dan rancangan penambahbaikan. POK akan dikenakan sekiranya premis gagal untuk membuat penambahbaikan. Notis Arahan 31 dan 37 akan menyusul. Cuaca : Cerah pada pagi dan mendung pada waktu petang. Sekian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan