PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK BAGI PENGGAL 2024 -2025

DOE Perak 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK BAGI PENGGAL 2024 -2025
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK BAGI PENGGAL 2024 -2025   IPOH, 12 Januari 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, mengikut seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sebagai anggota Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAJLIS) bagi penggal 2024 - 2025.   Mendahului penerima watikah ini adalah YAB. Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini dilantik sebagai Yang Dipertua MAJLIS serta enam (6) ahli atas nama jawatan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang- Undang Negeri Perak, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mufti Negeri Perak, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Tujuh (7) anggota pada penggal 2021 - 2023 dilantik semula, sementara 13 anggota baharu dilantik bagi penggal 2024 - 2025.   Titah baginda, pelantikan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak iaitu Dato’ Ts. Dr. Hj Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh sebagai anggota MAIPk dipercayai dapat memberikan input serta garis panduan penting membantu hasrat MAIPk untuk menyedarkan rakyat melalui institusi masjid, maahaf tahfiz dan sekolah agama berkaitan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan mempromosikan kempen memelihara alam sekitar.   “Umat Islam wajib berada di barisan hadapan, menjadi contoh teladan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perbuatan mencemari alam yang wajib dikawal, institusi agama islam dan masjid hendaklah juga berada di barisan hadapan dalam menyedarkan rakyat dalam mengenasi program kitar semula serta menghentikan perbuatan mencemarkan sungai,?? titah baginda.   MAIPk diterajui oleh anggota berwibawa, berpengalaman luas, mahir dan mempunyai pemikiran strategik dalam pelbagai bidang serta disiplin ilmu. Komposisi anggota MAIPk yang dilantik terdiri daripada ahli korporat, akademik, undang-undang, hukum syarak dan juga ketua jabatan dalam bidang berkaitan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran masing-masing bagi membantu MAIPk memperkasakan ummah di negeri Perak.   Rujukan: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2261777 https://www.facebook.com/share/D92haixFztid7iKK/?mibextid=xfxF2i   #NRECC #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan