Penerangan
12 JANUARI 2024, Shah Alam - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Langat telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu Motosikal di Balai Polis Sg Jarum, Kuala Langat bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam. Operasi menjejak pelumba haram dimulakan oleh anggota trafik bermula jam 9.00 malam di sekitar pekan Jenjarom dan kawasan perumahan di sekitarnya.
Sebanyak 5 buah motosikal telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Jarum untuk menjalani ujian paras bunyi menggunakan “Sound Level Meter?? serta pelepasan bahan pencemar bergas Karbon Monoksida menggunakan “Gas Analyser??.
Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga dikeluarkan ke atas pemilik/penunggang motosikal yang sama atas kesalahan gagal mematuhi paras bunyi yang ditetapkan di bawah Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.