Penerangan
11 Januari 2024,Shah Alam - Delegasi daripada Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Cawangan Selangor & Kuala Lumpur, Green Technology Sub-Working Comitte, yang diketuai oleh Dato’ Kevin Lai telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Puan Nor Aziah binti Jaafar di Pejabat JAS Selangor. Turut hadir pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Sesi pertemuan ini menjurus kepada perbincangan isu-isu alam sekitar setempat, perkongsian maklumat dan potensi kerjasama yang boleh dijalinkan antara komuniti industri dan JAS Negeri Selangor untuk kelestarian alam sekitar.