Penerangan
16 Januari 2024, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak?? JAS Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hulu Selangor di KM 6, Rawang Bypass bermula jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Dalam operasi ini, sejumlah 188 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 84 buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual dan diuji pelepasan asap menggunakan “Smoke Meter??.
Berdasarkan ujian tersebut sebanyak 3 buah kenderaan didapati gagal mematuhi had pelepasan asap di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.