Penerangan
12 Januari 2024, Kulai, Johor - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Johor telah menjalankan pemeriksaan susulan selepas Unit Aduan membuat siasatan awal ke atas premis berasaskan plastik susulan aduan awam isu pelepasan bau yang diterima oleh Jabatan ini.
Hasil pemeriksaan mendapati "suction hood" di proses "plastic extrusion" serta alat kawalan berada di dalam keadaan tidak memuaskan. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas premis telah diambil bagi membendung pencemaran. Rondaan malam di kawasan sekitar juga dilaksanakan sehingga 12 tengah malam.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.