Penerangan
8 Januari 2024, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Timur) telah menjalankan siasatan aduan ke atas premis di Kawasan Perindustrian Tebrau IV yang disyaki menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
Hasil siasatan mendapati premis tidak patuh kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat bagi membendung dan mengawal pencemaran.