PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

RONDAAN LAUT DAN SIASATAN BERSEPADU BERSAMA PENGUATKUASA LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) PEMERIKSAAN KAPAL DI PERAIRAN SELAT JOHOR

DOE Johor 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN LAUT DAN SIASATAN BERSEPADU BERSAMA PENGUATKUASA LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ) PEMERIKSAAN KAPAL DI PERAIRAN SELAT JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

11 Januari 2024, JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan rondaan laut dan siasatan kapal secara bersepadu dengan Penguatkuasa Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di perairan Selat Johor. Siasatan mendapati tiada pelepasan sisa minyak dari kapal yang diperiksa, pengendali kapal diingatkan tidak melakukan pelepasan atau pembuangan minyak sama ada sengaja atau tidak sengaja. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan