Penerangan
8 Januari 2024, Pasir Gudang – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis pembuatan plastik dan penapisan minyak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang bagi memastikan pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hasil pemeriksaan mendapati premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya secara konsisten sepanjang masa.