PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

6 Januari 2024, Mersing, Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Kluang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis memproses minyak kelapa sawit susulan aduan awam isu pelepasan efluen kolam sawit ke sungai berhampiran. Hasil siasatan mendapati, terdapat kejadian dua (2) kolam efluen yang pecah dan menyebabkan pelepasan efluen ke anak sungai berhampiran. Pihak premis lambat mengambil langkah pembaikan memandangkan kejadian telah berlaku tiga (3) hari dan pembaikan belum siap sepenuhnya. Premis telah dikenakan Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan dan seterusnya tindakan penggantungan lesen akan diambil kerana pihak kilang gagal membendung pencemaran yang berlaku dengan segera selain gagal memaklumkan kejadian yang berlaku kepada JAS. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan