PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR

DOE Johor 24/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN & PEMERIKSAAN PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 JAS JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
24/01/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

4 Januari 2024, Kulai, Johor - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Barat) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berasaskan kelapa sawit susulan aduan awam isu pelepasan asap dan habuk yang diterima oleh Jabatan ini. Pelajar praktikal juga diberi peluang untuk hadir bersama bagi memberi gambaran sebenar Pegawai menjalankankan tugas penguatkuasaan. Hasil pemeriksaan mendapati alat kawalan pencemaran udara sedang diselenggara ketika pemeriksaan. Premis perlu memastikan alat kawalan dalam keadaan yang optimum ketika beroperasi. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan