PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

Mesyuarat Perancangan Strategik 2024 Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka

DOE Melaka 22/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Perancangan Strategik 2024 Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
22/01/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

Januari 2024, MELAKA - Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan telah  dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka iaitu Encik Rosli bin Mustafa pada 10 Januari 2024 bagi membincangkan pencapaian tahun 2023 dan perancangan tahun 2024. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan diwakili oleh Puan Siti Azzura binti Dolmat, Bahagian Pembangunan diwakili oleh Puan Hazereen binti Mohammad dan Bahagian Operasi diwakili oleh Encik Janizan bin Abu Kassim serta Cawangan JAS Taboh Naning diwakili oleh Puan Elbyta Rozana binti Mohd Hatta. Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Pengarah merangkumi perutusan Y. Bhg. Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling pada mesyuarat Pengarah-pengarah yang lepas. Mesyuarat juga membincangkan Sasaran Kerja Utama (SKU) Jabatan bagi tahun ini. Adalah diharapkan segala perancangan yang diatur akan dapat dicapai. #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan