Penerangan
8 Januari 2024, MELAKA- Pihak pemaju projek iaitu Tetuan Britay Asia Manufacturing Sdn Bhd telah hadir ke pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka susulan beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan. Tujuan sesi ini adalah bagi menyampaikan taklimat ringkas dan perbincangan kepada Tuan Pengarah JAS Melaka iaitu Encik Rosli bin Mustafa di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Sesi libat urus turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan JASNM iaitu Puan Hazereen binti Mohammad dan Ketua Unit Input Pembangunan iaitu Puan Siti Shamsinar binti Annuar.
Pihak pemaju telah menyatakan minat untuk melabur di sebuah kawasan perindustrian di Jasin, Melaka dimana proses pembuatan akan menggunakan teknologi terkini yang diimport terus dari Belgium. Pihak pemaju telah dimaklumkan berkaitan syarat-syarat lazim JASNM dan diharapkan aktiviti yang akan dijalankan akan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama