Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG ??
?? TARIKH : 29.12.2023 (Jumaat)
????? MASA : 9.30 am - 3.30 pm
??????? ANGGOTA : PPKK JJ & pasukan rangers jab perhutanan
?? TUGAS :
1??? Menyiasat titik panas 5.4686892, 115.5615863 Kpg. Nukahan Beaufort dan 5.430015,116.50684 Selaud, Kuala Penyu.
2??? Rondaan darat OMPT.
?? KAWASAN RONDAAN : Beaufort - Kuala Penyu.
?? PENEMUAN :
Siasatan Titik Panas di Kpg. Nukahan, Beaufort
1. Penyiasat tidak menemukan sebarang kesan PT pada titik berkenaan dan tiada akses ke titik berkenaan. Laluan masuk terdekat ke lokasi adalah premis batching plant Kotamix.
2. Tiada PT dikesan.
Siasatan Titik Panas di Selaud, Kuala Penyu
1. Penyiasat menjalankan pemeriksaan bersama-sama 5 orang anggota Renjer Jabatan Perhutanan Daerah Beaufort diketuai Tn. Rahman Lamat. Menurut beliau PT berlaku di dalam Forest Reserved yang telah diceroboh oleh individu yang telah dikenalpasti membuka ladang kelapa sawit. Kes ini dalam siasatan IO mereka.
2. Kami telah menemukan bara api dalam hutan simpan dan pasukan renjer mengawal kawasan itu. Api berkenaan melarat daripada kawasan yang telah diceroboh. Kami tidak menemukan pekerja di kawasan berkenaan. Pasukan renjer meneruskan kawalan dan pemantauan kawasan hutan simpan sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya dan akan berhubung dengan JAS Caw. Sipitang.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1??? Jab Hutan buka kertas siasatan utk PT di kawasan hutan simpan yang dilakukan oleh individu dikenalpasti membakar utk tanaman pertanian
2??? Memantau dari semasa ke semasa kawasan tanah gambut. Walaupun musim tengkujuh namun Beaufort mengalami cuaca sangat panas waktu siang.
Cuaca : Panas
Sekian.