PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI, JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) KE PELABUHAN NBCT, PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 04/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI, JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) KE PELABUHAN NBCT, PULAU PINANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
04/01/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

BUTTERWORTH, 27 DISEMBER 2023 – Satu sesi lawatan kerja ke Pelabuhan NBCT, Pulau Pinang telah diadakan bagi tujuan mendapat penerangan dan gambaran lebih jelas berkaitan pentadbiran dan pengurusan kontena plastik, kertas dan skrap. Ini termasuk membincangkan status terkini berkaitan penguatkuasaan serta isu-isu berbangkit. Taklimat berkenaan keselamatan pelabuhan telah disampaikan oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pelabuhan. Manakala taklimat berkaitan pengurusan dan pentadbiran kontena di Pelabuhan NBCT, Pulau Pinang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang dan pegawai dari NBCT, Pulau Pinang. Lawatan kerja ini diketuai oleh YBrs. Dr. Norhazni Binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, JAS diiringi oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya dan pegawai-pegawai JAS.