Penerangan
30 Disember 2023, SUNGAI TIRAM-Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan siasatan di lokasi yang diadu mendapati terdapat minyak berada di kawasan sekitar jeti dan kapal dalam proses kerja-kerja fizikal yang diadu sebagai punca minyak mengalir ke jeti. Tiada pekerja am yang bekerja di premis itu. Arahan telah dikeluarkan kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kapal itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan minyak di kapal dan sekitar kawasan yang terkesan dengan minyak.
Pengurusan terhadap kapal dan kawalan minyak di permukaan air sungai telah menghubungi agensi yang berkaitan.
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan daratan dan perairan Malaysia kerana menurut seksyen berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.