PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS APRESIASI PDRM & KOMUNITI BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

DOE Johor 04/01/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS APRESIASI PDRM & KOMUNITI BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
04/01/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

27 Disember 2023, Kota Iskandar JAS Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Apresiasi PDRM & Komuniti bertempat di Kota Iskandar, Johor. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat ACP Mohd Aluwi bin Husain, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti, IPK Johor bersama tetamu jemputan DSP Mohd Kushairi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Inspektor Hairi bin Rosli, Ketua Polis Balai Kulai dan Inspektor Ayub bin Bahrum, Ketua Polis Balai Senai. Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan anggota-anggota PDRM dan komuniti yang telah membantu dalam menjalankan siasatan dan tangkapan kes-kes jenayah alam sekitar serta menggalakkan kerjasama yang berterusan. Aturcara Majlis termasuklah ucapan aluan yang disampaikan oleh Dr. Mohd Famey bin Yusoff dan montaj kes-kes jenayah alam sekitar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Polis Balai, Balai Polis Permas Jaya, seorang pegawai dan 3 orang anggota polis IPK Melaka, 8 orang anggota polis IPD Kulai, 2 orang anggota polis Balai Polis Senai serta 2 orang awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan