PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS ASAP HITAM: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 28/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS ASAP HITAM: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/12/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam. Operasi telah dijalankan di Plaza Tol Senawang yang telah disertai oleh lapan (8) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan. 55 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 12 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Notis arahan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan. JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan