PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Pemantauan Hujung Minggu oleh JAS N.Sembilan Bersama BKSA dan SAINS

DOE Negeri Sembilan 28/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pemantauan Hujung Minggu oleh JAS N.Sembilan Bersama BKSA dan SAINS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/12/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

Satu Mesyuarat Menanggani Pencemaran Sungai Linggi yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam telah diadakan dan satu ketetapan telah dicapai dimana, semua agensi yang berkepentingan terhadap Sungai Linggi dikehendaki melakukan rondaan secara bersepadu pada dua minggu terakhir tahun ini iaitu pada 23-25 Disember 2023 dan 30-31 Disember 2023 dan 01 Januari 2024. Mengikut perancangan awal pihak BKSA rondaan dimulakan dari LRA Sungai Linggi ke kg pantai, Seremban, dengan melihat kepada inlet-inlet Sungai Linggi. Pemerhatian perlu dilakukan dengan melihat sebarang bau, minyak atau apa-apa yang luar biasa. Sekiranya ada sebarang pencemaran yang ditemuai, team hendaklah membuat pencarian punca serta memaklumkan pekara itu kepada pihak atasan dengan segera. Disamping menjalankan rondaan team rondaan juga membuat inventori premis yang berpotensi sebagai punca pencemaran supaya kita dapat mengemaskini data yang sedia ada.Setiap team hendaklah bersedia dengan pekakasan yang diperlukan untuk siasatan sekiranya berlaku pencemaran serta punca ditemui.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan