Penerangan
??? MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA (EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE, EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI “PROPOSED 2ND GRADE COPPER REFINING AND GRANULATION PLANT ON PART OF CL.015693731 AT INDUSTRIAL ZONE 7 (IZ7) PHASE 3, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK (KKIP), SABAH?? ????
?? Tarikh: 20 Disember 2023 (Rabu)
? Masa: 9.00 - 11.30 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan
????????? Pengerusi: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?????????????? Kehadiran Bersama: TP/KPP AHM, PP(K) FM, PP JJJ, PPK(K) MP, PPK MAI & PJ RLSK
?? Ringkasan & Rumusan Mesyuarat:
1??? Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara fizikal oleh seramai 30 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2??? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Curix Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, Chemsain (SB) Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembinaan kemudahan loji pulihguna sisa pepejal copper scrap, di part of CL.015693731, Industrial Zone 7 (IZ7) Phase 3, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Sabah.
3??? Sebanyak 11 ulasan dan perkara yang dibangkitkan semasa mesyuarat oleh Jabatan dan agensi yang hadir termasuk ulasan bertulis daripada JAS Sabah.
4??? Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Laporan EIA ini diluluskan dengan mengambilkira semua ulasan Jabatan dan Agensi serta perkara-perkara yang telah dibincangkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
5??? Penggerak Projek dan Jururunding EIA adalah dikehendaki untuk mengemukakan Laporan EIA Kemaskini (Revised EIA Report) yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 3 Januari 2024 untuk kelulusan Jabatan.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan