Penerangan
????????? ?????? ??????????
Program Pendidikan Dan Motivasi “Strawvolution: Metal Straw For A Sustainable Future?? Di SMK Bandaraya Kota Kinabalu
11 Disember 2023 - Program Pemasaran Masyarakat, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program kesedaran berhubung kempen Hindari Penggunaan Straw Plastik dan memasarkan produk Straw Besi sebagai langkah menggantikan penggunaan straw plastik.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah telah dijemput untuk mengendalikan sesi aktiviti kesedaran selama 3 jam berkaitan isu ini kepada 150 pelajar tingkatan 4 SMK Bandaraya KK..
????? Pn Chai, ????? Pn Sakinah, ????????? INTEN Mary & ????????? INTEN Nazrin telah menjalankan aktiviti ceramah berkaitan bidang tugas Jabatan Alam Sekitar, jenis-jenis pencemaran, punca dan kesan serta tindakan dan topik utama yang dibincangkan adalah kempen Tidak Menggunakan Straw Plastik. Sesi Kuiz dan Sesi Perbincangan juga telah berjaya dilaksanakan dalam program ini.
#jassabah