20 Disember 2023, Ipoh- Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik & Elektronik E-waste Sekolah-Sekolah di Negeri Perak bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2023 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 15 Julai hingga 15 Oktober yang lalu. Cabutan hadiah telah diadakan pada 13 Disember 2023 yang lalu dengan 50 cabutan telah dicabut daripada 2164 penyertaan. Majlis penyerahan hadiah cabutan bertuah telah dihadiri oleh rakan strategik Edsha Solution Sdn Bhd, DNK Metal Recovery, Sun Soon Yik. Jabatan mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah memenangi hadiah utama wang tunai iaitu:
- Puan Haslina Binti Musa - Tempat Pertama RM800.00 ringgit
- ???Puan Azlinda Binti Abdul Hamid - Tempat Kedua RM500.00 ringgit
- ???Sekolah Kebangsaan Bekor - Tempat Ketiga RM300.00 ringgit.
Jabatan berharap dengan kejayaan pertandingan ini dapat memupuk kesedaran orang awam akan kepentingan kitar semula barangan e-waste.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#jasperak_disember2023
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari