PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK (PROGRAM AWASI) OLEH JAS NEGERI KELANTAN

DOE Kelantan 28/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN PUNCA BERGERAK (PROGRAM AWASI) OLEH JAS NEGERI KELANTAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/12/2023
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Penerangan

20 Disember 2023, Kota Bharu - Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kelantan yang terdiri daripada 3 orang pegawai telah mengadakan program AWASI (Area Watch And Sanction Inspection) di dua tempat yang berbeza iaitu Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dan Jalan Bachok-Kota Bharu bagi menjalankan penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 ke atas kenderaan berenjin diesel. Hasil pemeriksaan berjaya menahan dua buah lori yang telah didapati melepaskan asap hitam yang melebihi bacaan 50 HSU iaitu had yang dibenarkan. Notis arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan yang mana mengarahkan kenderaan tersebut untuk menjalani pemeriksaan semula di PUSPAKOM. JAS Negeri Kelantan memandang serius isu pelepasan asap hitam kenderaan dan memastikan penguatkuasaan peraturan yang berkaitan sentiasa dijalankan secara berkala serta mengambil tindakan proaktif dan berterusan dalam mengatasi isu pelepasan asap hitam kenderaan tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan