PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.12/2023 JAS KELANTAN

DOE Kelantan 28/12/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.12/2023 JAS KELANTAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/12/2023
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan

Penerangan

20 DISEMBER 2023, KOTA BHARU - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.12/ 2023 pada 17 hingga 19 Disember 2023 ke atas premis-premis di Negeri Kelantan khususnya premis dalam kawasan Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Dalam operasi ini sebanyak tiga pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 6 orang terlibat secara langsung. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 20 premis. Sebanyak 19 Arahan Lapangan telah dikeluarkan dan 4 Notis Arahan serta 1 kertas sisatan tindakan mahkamh sedang disediakan sebagai tindakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian, kumbahan dan peraturan udara bersih. Ops Gempur Bil.12/ 2023 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan